Remaja 18 tahun kahwini 2 kekasih

Lombok: Seorang remaja Lombok berusia 18 tahun ini viral selepas mengadakan majlis resepsi bersama dua kekasihnya yang masih bersekolah menengah dan dikahwininya selang beberapa minggu.

Kompas.com melaporkan, Ahmad Rizal berkahwin dengan kekasihnya, Fitriani pada 17 September lalu dengan mas kahwin RP2.5 juta (RM700).

Seminggu selepas itu, keluarga seorang lagi kekasih Rizal datang dan mendesak remaj itu berkahwin dengan ank perempuan mereka yang dikenali sebagai Mariani.

Ayah Rizal, Ayuni berkata, dia terkejut dengan permintaan keluarga itu dan ibu Rizal pengsan juga kerana terkejut.

Namun, dia tetap menikahkan anaknya dengan Mariani dengan mas kahwin RP1 juta (RM280) pada 12 Oktober lalu.

“Hendak buat macam mana, ini sudah jodoh mereka. Mahu tak mahu mereka harus mengharungi semua ini dengan bahagia,” katanya.

Pada majlis resepsi Rizal dengan isteri pertamanya, Mariani hadir dan mereka bersanding bertiga.

Fitriani yang tidak sedar dia dimadukan berkata, dia terkejut kerana pada mulanya menyangka Mariani hadir sebagai tetamu.

“Perasaan saya mestila kecewa tetapi perkara ini sudah terjadi. Iya, kami perlu cuba untuk bahagia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *