Babi hutan manja jadi viral di Internet

Seekor babi hutan menjadi popular selepas menjadi jinak dan mahu tidur beralaskan bantal serta berselimut.
Babi betina berkenaan dilaporkan mengikut seorang lelaki, Reno pulang ke rumahnya di Desa Karang Waru, Musi Rawas Utara, Sumatera Selatan, Indonesia beberapa hari lalu dan enggan kembali ke hutan selepas di halau.
RENO bersama babi hutan jinak yang dipeliharanya
Reno, 34, berkata, babi hutan itu menanggis apabila dihalau dan akan kembali semula ke rumahnya.
“Saya kasihan melihat babi ini dan sudah berusaha melepaskan ia ke hutan tetapi ia tetap kembali ke rumah saya.
“Kini sudah tiga hari babi ini mahu tidur dengan beralaskan bantal dan berselimut,” katanya.
Katanya, babi itu juga mahu dipakaikan baju dan seluar.
Perangai babi itu yang luar biasa menyebabkan ia popular dan ramai penduduk dari luar daerah datang untuk melihatnya.
Sumber: Tribunnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *