Janda jual rumah pakej jadi isteri

Penjual sering membuat pelbagai promosi untuk menjual barangan jualan mereka tetapi seorang janda cantik di Indonesia ini menjual rumahnya dengan pakej sedia menjadi isteri kepada pembelinya.

RUMAH yang dijual Metha dengan pakej menawarkan dirinya sebagai isteri kepada bakal pembeli

Metha Kanzul berusia 30 tahun yang berasal dari Air Mesu, Bangka Belitung ini baru-baru ini memuat naik satu iklan di Facebook untuk menjual rumahnya.

Tidak cukup dengan itu dia turut menawarkan dirinya menjadi isteri kepada bakal pembeli kediaman berkenaan.

Menjual rumah + Tanah siap huni + isteri jika jodoh katanya dalam iklan berkenaan.

Menurut iklan berkenaan, rumah itu dijual pada harga Rp185 juta (RM54,109).

Metha yang mempunyai seorang anak berkata, dia menawarkan pakej berkenaan kerana mahu segera menjual rumah itu selain dia juga sedang mencari seorang suami.

METHA juga kebetulan mencari suami untuk menjadi peneman hidupnya

“Saya memang mahu menjual rumah ini tetapi mahu menjualnya dengan cara berbeza dari yang lain dan terfikirlah cara ini.

“Kebetulan juga saya mencari peneman hidup saya,” katanya ketika ditemui wartawan Bangkapos.com.

Menurutnya, sekiranya bakal pembeli nanti sudi menerimanya dan ada jodoh, dia bersedia menjadi isterinya.

“Kalau rumah ini terjual, Alhamdulilah dan jika bertemu jodoh juga Alhamdulilah. Kalau sudah berkenan, baik agamanya, baik orangnya, kenapa tidak? InsyaAllah, saya bersedia,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *