Lelaki masukkan belut dalam dubur

Seorang lelaki di China hampir maut selepas dia memasukkan seekor belut hidup sepanjang 38 sentimeter ke dalam duburnya hingga menyebabkan ususnya berlubang.

Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu memberitahu, dia membeli belut hidup di pasar dan memasukkan ia ke dalam duburnya untuk merawat masalah sembelit yang dihadapinya.

Bagaimanapun, belut itu masuk hingga ke usus lelaki berkenaan.

Lelaki yang berasal dari wilayah Guangdong, China itu pada mulanya tidak mendapatkan sebarang bantuan tetapi selepas seminggu dia mula mengalami sakit di bahagian perut.

BELUT yang dikeluarkan dari perut lelaki itu. Kredit: AsiaWire / Huangjiang Hospital

Dia kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Dongguan Huangjiang dan doktor mendapati belut berkenaan menebuk lubang pada usus lelaki itu menyebabkan jangkitan kuman.

Pakar bedah Dr Li Jian berkata, keadaan lelaki itu sangat serius hingga menyebabkan percakapannya sukar difahami.

“Dia mengalami kejutan septik. Ketika Imbasan CT kami mengesyaki ada objek asing di dalam ususnya tetapi tidak tahu apakah ia.

“Apabila prosedur kolonoscopy dibuat, kami menemui seekor belut di dalam usus lelaki itu.” katanya.

Pesakit itu terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan belut berkenaan dari ususnya.

LELAKI itu memasukkan belut ke dalam ususnya untuk merawat masalah sembelit. Kredit: AsiaWire / Huangjiang Hospital

Ketika perutnya dibedah doktor menemui belut itu yang sudah mati. Perutnya juga penuh dengan najis, air dan nanah akibat jangkitan kuman yang teruk.

“Belut itu sudah mati ketika dikeluarkan tetapi ia menyebabkan jangkitan kuman yang teruk.

“Pesakit itu boleh mati sekiranya lambat mendapatkan rawatan,” kata Dr Li.

Menurutnya, pesakit itu sudah sembuh dan sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *