Sami mati lepas cium tangan ubati Covid-19

Seorang sami di India yang mendakwa boleh mengubati dan mencegah wabak Covid-19 dengan mencium pesakit dilaporkan meninggal dunia selepas dia turut dijangkiti virus maut berkenaan.

Lebih buruk lagi berpuluh-puluh orang yang mendapatkan rawatan dengan lelaki itu turut disahkan positif Covid-19.

Lelaki yang dianggap suci berasal dari Ratlam di Madhya Pradesh itu akan mencium tangan pengikutnya dan memberitahu tahu masalah mereka akan selesai.

Dia juga mendakwa rawatannya itu boleh mencegah mereka daripada dijangkiti Covid-19 dan mengubati pesakit yang dijangkiti.

Bagaimanapun, lelaki itu pula yang dijangkiti virus berkenaan dan menyebarkannya pula kepada orang ramai selepas tangan mereka dicium.

Pegawai jabatan kesihatan Madhya Pradesh berkata, lelaki itu disahkan positif Covid-19 pada 3 Jun lalu selepas jatuh sakit sebelum meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Selepas kematian lelaki itu pegawai kesihatan mula mengesan kontak mangsa dan membuat lebih 40 ujian swap.

Hasil ujian itu mendapati lebih 20 positif Covid-19 termasuk tujuh ahli keluarga sami berkenaan.

India kini mencatatkan lebih 298,283 kes Covid-19 dengan lebih 8,500 kematian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *