Padah kentut depan muka anggota polis

Seorang lelaki di Vienna, Austria didenda €500 (RM2,400) selepas dia kentut di depan muka anggota polis.

Portal berita oe24 melaporkan, kejadian menjijikan itu berlaku di sebuah taman pada tengah malam 5 Jun lalu ketika suspek diperiksa beberapa anggota polis.

Polis dalam satu kenyataan di Twitter memberitahu, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan bersikap provokatif ketika pemeriksaan rutin.

Katanya, lelaki itu secara tiba-tiba berdiri di atas bangku dan sebelum melepaskan kentut yang kuat di hadapan muka anggota polis yang menahannya.

Anggota polis yang terkejut dengan tindakan lelaki itu kemudiannya mengeluarkan saman berjumlah €500 terhadapnya.

Dalam surat saman itu menyatakan kesalahan lelaki itu adalah “berkelakukan tidak senonoh di tempat awam dengan melepaskan kentut dengan kuat terhadap anggota polis”.

Kerana tidak berpuas hati, lelaki itu kemudiannya memuat naik saman berkenaan di laman sosial Reddit dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Polis memberitahu, lelaki itu masih boleh merayu denda berkenaan di mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *