Remaja maut dibelit ular sawa ketika mendaki

Seorang remaja lelaki maut akibat dibelit ular sawa ketika mendaki bukit menuju ke air terjun bersama rakan-rakannya di Bombana, Sulawesi Tenggara, pada 14 Jun lalu.

Menurut media Indonesia, remaja itu bersama rakan-rakannya mendaki bukit menuju ke air terjun Pergunungan Kahar untuk berkelah.

PENDUDUK menunjukkan bangkai ular sawa yang dibunuh selepas menyerang mangsa

Ketika pertengahan jalan, mangsa yang berada kira-kira 10 meter dari rakannya tiba-tiba diserang seekor ular sawa.

Rakannya terkejut mendengar remaja lelaki itu menjerit meminta tolong dan apabila dihampiri mereka terkejut melihat mangsa dibelit ular sawa sepanjang tujuh meter.

Rakan mangsa cuba memberi pertolongan dengan memukul ular itu dengan kayu tetapi haiwan berkenaan enggan melepaskan belitannya.

Ular sawa itu terus membelit leher dan kepala serta mengigit paha mangsa.

Melihat rakan mereka semakin lemah, kumpulan remaja itu berlari ke kampung berhampiran untuk meminta bantuan.

PENDUDUK mengusung mayat mangsa untuk dibawa keluar

Beberapa orang kampung yang datang kemudiannya menetak kepala ular sawa berkenaan hingga mati.

Bagaimanapun, mereka terlewat dan mangsa sudah meninggal dunia akibat dibelit ular sawa berkenaan.

Beberapa rakan mangsa juga cedera akibat digigit ular sawa berkenaan ketika cuba menyelamatkan remaja berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *