Kena renjatan eletrik ketika rakam video TikTok
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik ketika merakamkan video TikTok di bumbung rumahnya di Bekasi, Indonesia.
Dalam kejadian Isnin lalu, remaja berkenaan dilaporkan berada di atas bumbung tingkat tiga itu bersama beberapa rakannya.
Ketika sedang leka merakamkan video, telefon bimbitnya dilaporkan tiba-tiba terlepas dari gengamannya dan terjatuh.

Secara sepontan mangsa cuba mencapai telefon bimbitnya namun dia terpegang kabel elektrik yang berada berhampiran bumbung bangunan berkenaan.
Renjatan elektrik itu menyebabkan sebahagian tubuh remaja itu terbakar dan berasap.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.

Sementara itu, jurucakap polis Bekasi, Akta Wijaya mengesahkan kejadian itu.
Katanya, jenazah mangsa dibawa ke hospital Bekasi untuk bedah siasatan.
“Sebahagian tubuh mangsa hangus terbakar akibat terkena renjatan elektrik,” katanya.