Suara bongkar jantina pengantin lelaki

Baru-baru ini kecoh seorang lelaki di Lombok yang terkejut selepas mendapati isteri yang baru dikahwininya adalah seorang lelaki.

Di Sulawesi Selatan lain pula ceritanya, apabila seorang wanita ditangkap kerana menyamar sebagai lelaki untuk berkahwin dengan seorang wanita.

Menurut laporan media Indonesia, pasangan berkenaan berkahwin pada 9 Jun lalu di Desa Baringeng, Kecamatan Lilirilau, Kabupaten Soppeng, Sulawesi Selatan.

Perkahwinan pengantin perempuan berusia 21 tahun dan pasangannya yang berusia 24 tahun itu berlangsung meriah.

Bagaimanapun, beberapa tetamu yang hadir berasa curiga melihat pengantin lelaki yang mempunyai ciri-ciri seperti perempuan termasuk suaranya.

Selepas majlis berakhir, beberapa tetamu melakukan penyelidikan dan akhirnya mendapati kad pengenalan diri pengantin lelaki itu adalah palsu.

Lebih mengejutkan lagi mereka mendapati pengantin lelaki itu sebenarnya perempuan.

Polis kemudiannya menahan pasangan berkenaan selepas menerima laporan daripada keluarga pengantin perempuan.

PASANGAN berkenaan ditahan polis kerana melangsungkan perkahwinan sama jantina

Jurucakap polis, Puji Saputro Bowo Leksono memberitahu Kompas.com, pasangan berkenaan bercinta sejak lima bulan lalu dan si wanita hanya mengetahui mengenai jantina kekasihnya dua bulan sebelum perkahwinan mereka.

Kerana sudah saling menyintai, wanita itu tetap menerima kekasihnya yang tidak lama selepas itu melamarnya.

“Pernikahan pasangan ini terjadi selepas wanita itu memalsukan identitinya dan memberitahu keluarga kekasihnya dia adalah lelaki,” katanya.

Seorang lagi jurucakap polis, Mashudi memberitahu Tribuntimur.com, wanita itu memalsukan kad pengenalan dirinya dengan mengubah maklumat jantina dari perempuan kepada lelaki.

Menurut polis, pasangan itu ditahan dan akan didakwa kerana berkahwin sama jantina adalah satu kesalahan di Indonesia.

Dalam kejadian di Lombok baru-baru ini, seorang lelaki menjadi mangsa penipuan setelah berkahwin dengan dengan seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita di Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat.

Lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun berkenalan dan bercinta dengan `wanita’ itu di laman sosial sebelum berkahwin pada 2 Jun lalu.

Indentiti `wanita’ itu terbongkar selepas lelaki itu mahu melakukan hubungan kelamin pada malam pertama tetapi terkejut apabila `isterinya’ menolak dan melarikan diri dari rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *