`Playboy Kediri’ guna kata puitis untuk tiduri 10 gadis

Dengan hanya bermodalkan kata-kata puitis dan sebuah motosikal skuter sudah cukup untuk seorang pemuda berusia 19 tahun yang digelar `Playboy Kediri’ ini memikat lebih 10 gadis bawah umur.

Lelaki itu yang turut mendapat jolokan `Ariel Kediri’ juga memperdayakan gadis berkenaan untuk melakukan hubungan seks hingga ada yang mengandung dan mengugurkan kandungan mereka.

Ketua polis Kediri, Miko Indrayana berkata, semua gadis yang menjadi mangsa lelaki itu berusia dari 14 tahun hingga 17 tahun.

SUSPEK ditangkap polis selepas beberapa minggu melarikan diri

Katanya, lelaki itu dipercayai aktif sejak 2019 dengan memikat gadis bawah umur yang masih bersekolah di bandar Kediri.

“Dengan mengunakan kata-kata puitis suspek kemudiannya membawa mangsa bersiar-siar dengan menaiki skuter miliknya.

“Selepas itu suspek akan merayu dan memaksa mangsa melakukan hubungan seks. Kejadian ini berlaku beberapa kali hingga ada beberapa mangsa yang hamil,” katanya.

Suspek dipercayai melakukan hubungan seks dengan mangsanya di beberapa lokasi termasuk di rumahnya, kediaman mangsa, rumah kosong, tempat kerja suspek dan di dalam kebun.

Menurut media tempatan, suspek diburu selepas seorang gadis berusia 16 tahun hamil dan mengugurkan kandungannya.

Suspek dipercayai membeli ubat untuk mengugurkan kandungan itu di Internet sebelum membuang janin berkenaan.

Kata polis, suspek sempat melarikan diri selama beberapa minggu tetapi akhirnya ditangkap pada 4 Jun lalu ketika pulang ke rumahnya.

Polis percaya, lelaki itu sudah memperdayakan ramai gadis selepas beberapa mangsa tampil membuat laporan polis.

Beberapa mangsa juga mengaku hamil dan mengugurkan kandungan mereka hasil hubungan dengan `Playboy Kediri’ itu.

Beberapa janin juga ditemui ditanam di belakang rumah rakan suspek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *