Lelaki tersangkut di talian elektrik kejar burung terlepas

Kerana mengejar burung peliharaannya yang terlepas seorang lelaki di Surabaya, Indonesia hampir maut terkena rencatan elektrik selepas dia tersangkut di talian elektrik.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Martinus Maneno, 23, dilaporkan mengejar burung jenis Lovebird miliknya yang terlepas dari sangkar sebelum haiwan itu hinggap di talian elektrik berkenaan.

Tanpa menghiraukan keselamatannya, Martinus terus memanjat tiang eletrik berkenaan untuk menangkap burung itu.

Bagaimanapun, dia terkena renjatan elektrik dan terjatuh sebelum tersangkut di talian elektrik berkenaan.

BOMBA menggunakan skylift untuk menurunkan lelaki itu

Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menghubungi bomba yang kemudiannya berjaya menurunkan mangsa.

Jurucakap polis, Hendri Ibnu Indarto satu pasukan bomba tiba dan menggunakan jentera skylift untuk membawa lelaki itu turun.

Katanya, ketika dibawa turun lelaki itu masih hidup dan segera dikejarkan ke hospital.

Menurut laporan media, lelaki itu berada dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan lecur pada tubuhnya akibat terkena renjatan elektrik.

Doktor menganggap lelaki itu sangat bernasib baik kerana terselamat walaupun dia terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *