Covid-19 – Pembeli tidak perlu bimbang lawat hartanah
Pengumuman kerajaan membenarkan beberapa sektor beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) baru-baru ini merancakkan kembali ekonomi termasuk sektor hartanah di negara ini.
Namun terdapat kebimbangan dalam kalangan pembeli dan pemilik hartanah mengenai risiko jangkitan Covid-19 ketika melakukan urusan jual beli terutama aktiviti `viewing’ atau melawat rumah atau berbincang dengan perunding hartanah.
Pengarah Jualan Arzone Properties Realty, Rozila Nawawi berkata, pembeli dan pemilik tidak perlu bimbang kerana semua perunding atau ejen hartanah di bawah syarikat hartanah berdaftar sudah diberi taklimat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Sebagai sebuah agensi hartanah yang proaktif, Arzone sentiasa memberi penerangan dan maklumat terkini kepada perunding hartanah kami supaya peka dengan perkembangan semasa.
“Pihak syarikat juga menggariskan beberapa terma dan SOP khas untuk setiap aktiviti dijalankan seperti melawat hartanah dan sesi penerangan atau perbincangan dengan pemilik dan bakal pembeli.
“Untuk aktiviti utama iaitu “viewing” atau melawat hartanah yang melibatkan orang awam yang kita tidak tahu status kesihatannya, perunding hartanah perlu membuat temujanji lebih awal supaya bakal pembeli, pemilik atau penghuni kediaman bersedia,” katanya.

Ujarnya, antara persediaan yang diwajibkan adalah memakai topeng muka, menggunakan handsenitizer, menjaga jarak sosial dan meminimunkan individu yang datang termasuk tidak menggalakkan kehadiran kanak-kanak atau orang tua.

“Setiap perunding hartanah yang membawa pembeli melawat sesuatu kediaman juga tidak dibenarkan memegang barang-barang di dalam rumah termasuk membuka pintu dan suis lampu yang hanya dilakukan oleh pemilik atau penghuni kediaman itu sendiri.
“Untuk aktiviti perbincangan, rundingan atau khidmat nasihat juga kita mengurangkan tempoh masa berjumpa dan elak bertemu di tempat awam yang sibuk,” jelasnya.

Tambahnya, aktiviti penerangan atau perbincangan digalakan dilakukan secara dalam talian seperti di telefon.
“Jadi kepada bakal pembeli atau pemilik yang mahu menjual kediaman mereka tidak perlu bimbang kerana kami sangat menitik beratkan keselamatan dan sop yang ditetapkan,” katanya.
Terbaik! Apa yang penting, tetap istiqamah jaga diri dan keluarga. Semoga penularan virus Covid 19 segera berhenti.. Amin..