Nenek itu isteriku

Sekiranya anda belum berkahwin jangan bimbang, mungkin jodoh kamu belum dilahirkan lagi.

Sebagai contoh, satu pasangan pengantin baru di Kecamatan Lempuing, Kabupaten Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan, Indonesia ini yang berbeza usia 40 tahun.

Pasangan itu mencetuskan heboh di media sosial apabila seorang nenek Sutiyem atau dikenali sebagai Mbah Gambreng berusia 65 tahun berkahwin dengan anak angkatnya sendiri Mas Waras atau dikenali sebagai Ardi yang berusia 25 tahun.

Kredit gambar: Dyalova Gallery

Walaupun usia berbeza 40 tahun tetapi ia tidak menjadi untuk mereka jatuh cinta.

Menurut laporan Tribunnews, pasangan berkenaan berkahwin di kediaman Mbah Gambreng pada hari Jumaat, 5 Jun lalu sebelum gambar perkahwinan mereka viral di media sosial.

Ramai pengguna media sosial melahirkan perasaan kagum terhadap Mbah Gambreng kerana berjaya menambat hati pemuda itu.

Kredit gambar: Dyalova Gallery

Mbah Gambreng adalah seorang janda yang mempunyai lima anak dan memiliki beberapa orang cucu.

Ketika ditemui wartawan, Mbah Gambreng berkata, dia berkenalan dengan dengan Ardi sejak sembilan bulan lalu dan menganggapnya sebagai anak sendiri.

Katanya, hubungan mereka sangat rapat hingga timbul bibit-bibit cinta sebelum Ardi meluaskan perasaannya dan melamarnya.

GAMBAR majlis akad nikah pasangan itu yang viral di media sosial.

“Saya sebelum itu sering mengejeknya dengan berkata, kamu itu sudah dewasa sudah sampai waktu mencari pasangan dan berkahwin.

“Tetapi, tiba-tiba dia meluaskan perasaan cintanya pada saya.

“Kerana dia kelihatan serius dan keluarganya juga merestui hubungan ini, maka kami mengambil keputusan untuk berkahwin,” katanya.

Percintaan unik Mbah Gambreng dan Ardi bukan sesuatu yang baru di Indonesia dan sebelum ini beberapa pasangan berbeza usia turut viral di media sosial.

Pada 2017, seorang nenek berusia 71 tahun, Rohaya turut viral di media sosial selepas berkahwin dengan seorang remaja berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Slamet di Ogan Komering Ulu (OKU).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *