Kabel pengecas telefon tersekat dalam `anu’

Kabel pengecas telefon sudah pasti digunakan untuk mengecas telefon tetapi seorang lelaki di India ini lain pula mahu dicasnya.

Lelaki itu mempunyai tabiat pelik iaitu suka memasukkan kabel itu ke dalam zakarnya untuk kepuasan seksual.

Namun, tabiat pelik lelaki itu membawa padah apabila kabel sepanjang 2 kaki itu tersangkut di dalam zakarnya.

Selama lima hari, lelaki itu yang tinggal di Guwahati menahan sakit dan akhirnya dia terpaksa mendapatkan bantuan di hospital.

Keran malu, lelaki itu pada mulanya memberitahu doktor, dia secara tidak sengaja menelan kabel berkenaan.

Doktor kemudiannya melakukan beberapa prosedur termasuk endoscopy tetapi gagal mengesan kabel itu di dalam perut lelaki berkenaan.

KABEL pengecas telefon yang dikeluarkan dari pundi kencing lelaki itu. – Agensi

Doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan dan ketika imbasan X-ray dilakukan sebelum prosedur berkenaan doktor akhirnya menemui kabel itu di dalam pundi kencingnya.

Selepas dimarahi doktor, lelaki itu mengaku dia memasukkan kabel pengecas itu ke dalam lubang zakarnya tetapi ia tersangkut.

“Pesakit ini datang mengadu sakit perut yang teruk dan memberitahu dia tertelan kabel pengecas telefon.

“Kami boleh terus mengeluarkan kabel itu melalui pembedahan sekiranya dia tidak berbohong,” kata Dr Walliul Islam yang merawatnya.

Dr Walliul memberitahu, pesakit itu mempunyai tabiat pelik memasukan kabel dan objek lain ke dalam zakarnya untuk kepuasan seksual.

Menurutnya, doktor berjaya mengeluarkan kabel pengecas itu dari pundi kencing lelaki berkenaan dan berada dalam keadaan stabil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *