Tragedi sarkas terburuk

Pada pagi 17 Disember 1961 ribuan penduduk hadir ke persembahan sarkas Gran Circo Norte Americano yang sangat popular di Brazil.

Kira-kira 2,500 penonton hadir dengan untuk menyaksikan persembahan sarkas yang menghiburkan.

Sarkas itu berlangsung pada permulaan minggu Krismas dengan kanak-kanak sudah memulakan cuti musim sejuk.

Pada mulanya persembahan sarkas itu berlangsung meriah dan penonton bersorak serta bertepuk tangan menyaksikan pelbagai persembahan yang disajikan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari satu kebakaran bakal berlaku dan bakal dikenang dalam lipatan sejarah sebagai tragedi sarkas terburuk.

Kebakaran itu membunuh lebih 500 orang dan mengakibatkan ratusan yang lain cedera teruk.

Khemah besar berwarna biru dan putih dipenuhi orang ramai dan persembahan sedang berlangsung ketika tragedi berlaku tiba-tiba.

Artis trapez, Antonietta Estavanovich orang pertama yang melihat api di khemah itu, kira-kira 20 minit sebelum persembahan sepatutnya berakhir.

Dia yang berada di pentas yang tinggi melihat bumbung khemah mula terbakar.

Tidak lama selepas itu orang ramai juga mula menyedari kebakaran sedang berlaku dan keadaan menjadi huru-hara apabila semua orang bertempiaran menyelamatkan diri.

Satu laporan menyebut seorang pengakap muda yang menyaksikan persembahan bersama keluarganya sempat memotong sisi khemah menggunakan pisau dibawanya seterusnya sempat menyelamatkan mereka sekeluarga.

Malangnya, ratusan yang lain nahas dengan jumlahnya dipercayai 372 orang, – sehingga 70 peratus daripadanya kanak-kanak – dipercayai mati serta-merta.

Ratusan yang lain cedera akibat lecuran, terhidu asap dan dirempuh.

Punca kebakaran sehingga kini tidak dapat dipastikan sepenuhnya, namun dipercayai akibat percikan dihasilkan kereta api yang lalu berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *