Pengsan selepas berasmara dalam kereta

Hubungan terlarang satu pasangan yang masing-masing sudah berkahwin akhirnya terbongkar dalam keadaan penuh aib apabila mereka ditemukan pengsan dalam keadaan separuh bogel di dalam kereta.

Tribunnews melaporkan, pasangan berkenaan ditemui di tempat duduk tengah kereta Toyota Innova bercermin gelap yang diletakkan di tepi jalan di Kisaran, Asahan, Sumatera Utara pada Khamis lalu.

Ketika ditemui, lelaki berusia 37 tahun terbaring dalam keadaan mulut berbuih dan kekasihnya pula terbaring di sisi dengan mulut mengeluarkan darah.

Ketika ditemui, pasangan berkenaan dalam keadaan separuh bogel.

Pasangan berkenaan ditemui pengguna jalan raya yang curiga melihat kenderaan itu diletakkan terlalu lama di tepi jalan dalam keadaan enjin hidup.

Seorang saksi, Irfan berkata, dia kali pertama melihat kenderaan bercermin gelap itu diletakkan di tepi jalan pada waktu petang dan curiga melihat ia bergoncang-goncang.

“Sejak petang kenderaan itu ada disitu, apabila saya lalu saya lihat kenderaan itu bergoncang-goncang,” katanya.

Ujarnya, pada sebelah malam dia melihat orang ramai mengerumuni kenderaan itu dan meninjau keadaan dalamnya.

Sementara itu, ketua polis Asahan, Nugroho Dwi Karyanto berkata, pihaknya menerima laporan mengenai satu pasangan yang ditemui pengsan dalam sebuah kenderaan di tepi jalan.

Katanya, apabila anggota polis tiba mereka cuba membuka pintu kenderaan itu tetapi berkunci sebelum mengambil keputusan untuk memecahkan cermin.

“Pasangan berkenaan segera dibawa ke hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya.

Menurut doktor, pasangan berkenaan yang juga penjawat awam pengsan kerana keracunan karbon dioksida akibat berada terlalu lama dalam kenderaan yang tidak bergerak dengan enjin serta penyaman udara dihidupkan.

Pasangan berkenaan yang masing-masing sudah berkahwin dipercayai melakukan hubungan seks di dalam kereta itu.

Tambah polis, pasangan itu akan diambil keterangan apabila keadaan mereka pulih dan kemungkinan berdepan tindakan disiplin kerana memalukan jabatan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *