Misteri kampung bebas nyamuk

Sebuah kampung yang terletak di kawasan hutan berlembah di wilayah Fujian ini kelihatan hampir sama seperti kawasan perkampungan lain di China.

Namun, kampung Ding Wuling ini mempunyai satu misteri yang tidak terungkai hingga kini, iaitu tiada seekor nyamuk pun hidup di kawasan itu.

PEMANDANGAN kampung Ding Wuling yang terletak di wilayah Fujian, China. Photo Credit People’s Daily

Dipercayai serangga penghisap darah itu tidak pernah ditemui di kampung itu sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Terletak kira-kira 700 meter dari aras laut, kampung itu didiami oleh suku kaum Hakka yang kaya dengan sejarah dan budaya serta terkenal dengan rumah diperbuat daripada batu.

Ding Wuling terletak berhampiran kawasan hutan tebal penuh dengan paya dan kolam yang biasanya menjadi lokasi pembiakan nyamuk.

KEADAAN kampung yang bersih dipercayai antara punca nyamuk tidak membiak di situ. Photo Credit People’s Daily

Tidak dapat dipastikan mengapa nyamuk tidak hidup di kawasan itu tetapi penduduk percaya ia mempunyai kaitan dengan satu batu besar yang menyerupai katak yang terdapat di kampung itu.

Penduduk turut memuja batu katak itu yang dipercayai adalah dewa katak.

Dewa katak dipercayai penduduk sebagai punca nyamuk takut untuk hidup di situ.

BATU besar menyerupai katak dipercayai penduduk punca nyamuk menjauhi kampung berkenaan.

Satu lagi teori adalah sikap penduduk yang pembersih dan mereka juga menanam sampah jauh dari kawasan kampung.

Akhbar China People’s Daily pernah melaporkan mengenai misteri kampung itu dan penduduk juga berharap ada pakar datang untuk merungkai misteri berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *