Cucu makan nenek

Polis yang menyiasat satu kes pembunuhan di sebuah rumah di Cailfornia terkejut apabila melihat seorang lelaki sedang memakan mayat neneknya yang berusia 90 tahun.

Mail Online melaporkan, polis menerima satu panggilan mengenai kes bunuh di Richmond pada Isnin lalu dan menghantar satu pasukan ke kediaman berkenaan.

Apabila sampai di rumah berkenaan, polis melihat seorang lelaki, Dwayne Wallick, 37, sedang berdiri di atas mayat neneknya yang dikenali sebagai Ruby Wallick.

Polis juga melihat lelaki itu menarik cebisan daging wanita itu dan memakannya.

Dwayne juga tidak menghiraukan kehadiran polis dan dia terus menyerang serta memakan mayat wanita itu.

Selepas beberapa kali memberi amaran kepada Dwayne supaya berhenti, polis terpaksa menggunakan pistol pegun untuk menghentikan lelaki itu.

Empat anggota polis turut bergelut untuk menangkap Dwayne yang sangat agresif.

Menurut polis, Dwayne membunuh neneknya dengan menggunakan pemecah ais dengan menikam kepala dan wanita itu beberapa kali.

Anak perempuan Ruby menemui wanita itu berlumuran darah bersama Dwayne di ruang tamu sebelum dia menghubungi polis.

Kata polis, Dwayne tidak mempunyai rekod jenayah atau mempunyai sejarah sakit mental.

Polis percaya kemungkinan lelaki itu di bawah pengaruh dadah sintetik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *