Bomba selamatkan wanita terjerumus dalam lubang tandas

Seorang wanita cedera selepas terjerumus ke dalam lubang tandas hingga ke paras dada di sebuah rumah di Melaka hari ini.

Menurut bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai seorang mangsa yang terperangkap di dalam lubang tandas cangkung yang tiba-tiba runtuh.

Sebaik tiba di lokasi Jalan Tebing Tinggi itu anggota menemui seorang wanita berusia dalam lingkungan 50an dengan separuh badannya termasuk di dalam lubang tandas berkenaan.

KEADAAN mangsa yang terperangkap di dalam lubang tandas hingga paras dada. – Gambar bomba

Beberapa anggota bomba dari balai Bkl yang tiba menggunakan alatan pemecah paratech dan alatan lain untuk memecahkan simen di tandas berkenaan.

Pasukan bomba Melaka menyelamatkan seorang wanita yang terjerumus ke dalam lubang tandas hingga ke paras dada.

LUBANG tandas yang pecah – Gambar ihsan Bomba

Pasukan penyelamat menggunakan alat pemecah paratech untuk memecahkan tandas dan mengeluarkan mangsa.

Selepas beberapa minit, mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

MANGSA mengalami kecederaan ringan dan dilaporkan stabil. – Gambar ihsan bomba

Difahamkan wanita itu tidak mengalami kecederaan serius dan berada dalam keadaan stabil.

Punca tandas berkenaan runtuh masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *