Penduduk serbu hospital ambil jenazah disyaki Covid-19

Kerana tidak percaya ahli keluarga mereka meninggal dunia akibat Covid-19 berpuluh-puluh penduduk menyerbu sebuah hospital di Manado, Sulawesi Utara untuk mengambil jenazah lelaki itu.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, seorang lelaki dimasukkan ke Hospital Pancaran Kasih Manado dan meninggal dunia akibat jangkitan pada paru-paru.

Doktor mengesyaki lelaki itu meninggal dunia akibat Covid-19 dan mengarahkan jenazahnya dikebumikan mengikut protokol yang ditetapkan.

Bagaimanapun, ahli keluarga pesakit tidak berpuas hati dan tidak mahu jenazah dikebumikan mengikut protokol berkenaan.

Mereka bersama beberapa penduduk lain kemudiannya menyerbu bilik mayat hospital berkenaan dan mengambil jenazah lelaki itu untuk dikebumikan.

PENDUDUK mengusung jenazah keluar dari bilik mayat hospital

Seorang anak lelaki itu berkata, ketika dia dan ahli keluarga lain memandikan jenazah ayahnya pihak hospital memberitahu kemungkinan pesakit itu dijangkiti Covid-19.

Pihak hospital kemudiannya menguruskan jenazah itu dan dikebumikan mengikut protokol Covid-19.

Waris turut mendakwa pihak hospital memberi mereka wang supaya menyerahkan mayat berkenaan.

Namun, pihak hospital memberitahu, wang itu adalah sumbangan ehsan untuk mana-mana pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *