Tangisan dalam tanah
Seorang bayi lelaki di India dianggap sebagai bayi ajaib selepas ditemui masih hidup selepas ditanam di dalam tanah.
Menurut laporan media, penduduk yang sedang membina rumah di kampung Sonoura, Uttar Pradesh terdengar suara bayi menangis.
Lelaki itu bersama beberapa rakannya mula mencari punya suara bayi itu sebelum ternampak kaki kecil terjulur keluar dari tanah.

Terkejut dengan penemuaan itu, lelaki itu terus menggali tanah berkenaan dan segera mengeluarkan bayi malang tersebut.
Ketika dikeluarkan, bayi itu dipercayai baru dilahirkan kelihatan lemah dan tidak lama kemudiaan dia mula menggerakkan tangan serta kakinya.

Menyedari bayi itu masih hidup, penduduk segera membawanya ke hospital.
Doktor memberitahu, bayi itu tertelan tanah tetapi keadaannya stabil.
Berapa lama bayi itu ditanam sebelum ditemui tidak diketahui tetapi doktor berkata, dia mungkin berada di dalam tanah selama beberapa minit.
Polis kini sedang menyiasat kes itu dan sedang mengesan ibu bapa bayi berkenaan yang disyaki menanamnya.