Lelaki menjerit minta tolong selepas terlanggan pondan

MEDAN – Seorang lelaki bertindak lari keluar dari hotel dalam keadaan bogel dan menjerit meminta tolong kerana terkejut apabila mendapati pelacur yang ditempahnya adalah pondan.

Lelaki itu turut mendakwa dia hampir dirompak oleh pondan berkenaan dan seorang lagi rakannya.

Menurut laporan media, lelaki itu pada mulanya berkenalan dengan seorang pelacur di aplikasi MiChat sebelum mereka berjanji untuk bertemu di sebuah hotel di Medan.

DUA pondan yang ditangkap kerana disyaki cuba merompak seorang lelaki di Medan – Berbagiinfo_news

Apabila sampai di hotel itu, mangsa terus berjumpa pelacur berkenaan di dalam bilik dan terus menganjaknya mandi.

Ketika di dalam bilik mandi, mangsa terkejut apabila mendapati pelacur berkenaan adalah lelaki.

Mangsa terus keluar dari bilik mandi dan mendapati seorang lagi pondan berada di dalam bilik dan memegang pakaiannya.

Lelaki itu meminta suspek memulangkan pakaiannya dan mahu keluar tetapi suspek memintanya membayar wang berjumlah Rp6 juta (RM1,780).

Mangsa yang enggan kemudiannya bertindak lari keluar dari bilik hotel dalam keadaan bogel sambil meminta tolong.

MANGSA berlari keluar dalam keadaan bogel dan menjerit meminta tolong. – berbagiinfo_news

Orang ramai yang mendengar jeritan mangsa segera mengerumuni hotel berkenaan dan melihat lelaki itu berada di luar dalam keadaan bogel.

Keadaan menjadi kecoh apabila orang ramai cuba masuk ke hotel berkenaan untuk menghalau pelacur itu tetapi dihalang polis.

Polis kemudiannya menangkap dua pondan berkenaan dan mengambil keterangan mangsa untuk siasatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *