Denda hafal surah, sebat penduduk langgar jarak sosial

Pihak berkuasa Indonesia menggunakan pelbagai hukuman untuk memastikan penduduk negara itu mematuhi peraturan bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Antara hukuman yang dilakukan termasuk merotan, memaksa menghasal al-Quran, tinggal di rumah berhantu dan memalukan mereka dengan menggantung nota di leher.

Di wilayah Bengkulu, polis menangkap orang ramai yang keluar rumah tanpa memakai topeng dan menggantung nota di leher mereka.

SEORANG wanita memakai nota di leher selepas ditangkap tidak memakai topeng muka di Bengkulu. – AFP

Nota itu berbunyi “Saya berjanji untuk memakai topeng muka ketika keluar rumah untuk melindungi saya dan orang lain daripada Covid-19,”.

Gambar mereka kemudiannya dimuat naik di media sosial untuk memberi amaran kepada orang lain.

“Penduduk masih belum ada kesedaran mengenai kepentingan mematuhi arahan pihak berkuasa terutama sekali pemakaian topeng dan berkumpul dalam jumlah yang ramai, kata pegawai polis Bengkulu, Martinah.

“Ini untuk keselamatan mereka dan keluarga mereka,” tambahnya.

Di Kota Ambon pula, angota polis meronda di pasar-pasar dan merotan orang ramai yang tidak memakai topeng muka.

Di Aceh pula, mereka yang ditangkap kerana melanggar perintah pihak berkuasa dipaksa menghafal surah al-Quran sebelum dibebaskan.

Penduduk yang bukan bergama Islam pula diberi amaran.

“Penduduk yang didapati tidak memakai topeng ditempat awam akan ditangkap,” kata seorang pegawai tempatan, Agusliayana Devita.

Di Jakarta pula, penduduk yang melanggar perintah penjarakkan sosial akan dipaksa membersihkan kemudahan awam termasuk tandas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *