Lelaki curi, `cabul’ selipar

Biasanya kita mendengar cerita individu mencuri pakaian dalam untuk memuaskan nafsu pelik mereka.

Tetapi seorang lelaki di Thailand ini lagi pelik kerana dia mempunyai keingginan seks dengan selipar. Ye.. Tuan-tuan, puan-puan.. selipar yang kita pakai tu.

Menurut laporan Perth Now, beberapa penduduk di Nonthaburi, tengah Thailand pelik apabila selipar mereka sering hilang dan terus melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Satu rumah mangsa mempunyai kamera keselamatan dan polis berjaya mengecam seorang lelaki yang mencuri selipar itu.

ANTARA selipar yang dicuri dan ditemui di rumah suspek. – Viral Press

Tidak lama selepas itu, polis akhirnya berjaya mengesan dan menangkap supek yang dikenali sebagai Theerapat Klaiya, 24.

Ketika disoal-siasat, Theerapat memberitahu dia mempunyai ketagihan pada bau kaki dan ia boleh menaikkan nafsu seksualnya.

Katanya, dia akan menggosak selipar itu diseluruh tubuhnya sebelum mengadakan hubungan seks dengan selipar berkenaan. Kesian selipar itu jadi mangsa rogol..

Tambahnya lagi, dia melakukan perkara itu sejak dua tahun lalu dan mempunyai koleki 126 pasang selipar curi.

SELIPAR Jepun turut tidak terkecuali menjadi mangsa suspek – Viral Press

Sementara itu, jurucakap polis memberitahu, rekod jenayah menunjukkan Theerapat prnah ditangkap sebelum ini kerana mencuri selipar.

Menurutnya, Theerapat ditahan buat sementara waktu bagi menunggu pendakwaraya memutuskan pertuduhan yang bakal dihadapinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *