Bayi maut minum darah penyu cegah Covid-19

Pelbagai petua dan ubatan tradisional didakwa mampu merawat atau melindungi seseorang itu daripada virus Covid-19.

Namun, kebanyakan petua atau ubatan tradisional itu tidak terbukti keberkesanannya malah ia dibimbangi memudaratkan kesihatan.

Itulah yang terjadi pada bayi perempuan berusia lima bulan di Republik Dominica yang maut selepas diberi minum darah penyu oleh keluarganya.

Kakaknya yang berusia tujuh tahun dan ibu bapa pula terpaksa dirawat di hospital selepas turut meminum darah haiwan berkenaan.

Menurut media tempatan, keluarga berkenaan berjumpa seorang bomoh untuk meminta ubat yang boleh melindungi mereka daripada Covid-19.

Bomoh itu kemudiannya meminta keluarga itu meminum campuran ubat yang mengandungi darah penyu.

Tidak lama selepas meminum ubat tradisional berkenaan, keluarga itu jatuh sakit dan teru dikejarkan ke hospital.

Mail Online melaporkan, ketika tiba di Hospital Rosa Duarte Hospital di Comendador bayi malang itu disahkan sudah meninggal dunia.

Manakala, kakak dan ibu bapanya berada dalam keadan serius tetapi stabil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *