Baru lahir terus kena buang..

Alor Setar: Seorang penduduk kampung Kampung Sungai Deraka, Kota Kuala Muda, Sungai Petani terkejut selepas menemui bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di depan sebuah rumah kosong.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui seorang penduduk itu yang kebetulan datang untuk memeriksa rumah terbabit.

Ketika ditemui bayi malang itu dibungkusan dalam kain batik merah dan diletakkan di depan pintu rumah berkenaan.

Bayi perempuan itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata bayi perempuan itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati bayi itu ditinggalkan tidak melebihi 24 jam sebelum ditemui,” katanya kepada Astro Awani.

Katanya, bayi itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *