Nenek 90 tahun “gamer” paling tua

Seorang nenek berusia 90 tahun di Jepun dinobatkan sebagai stremer langsung permainan video paling tua di dunia oleh Guinness World Record.

Hamako Mori mula bermain permainan video pada 1981 dan selama 39 tahun dia tidak pernah bosan dengan hobinya itu.

Dia juga sudah bermain ribuan jenis permainan video dan kini Nintendo 64 adalah konsol kegemarannya.

HAMAKO tekun bermain permainan video kegemarannya

Namun, baru-baru ini dia mencuba konsol PlayStation 4 dan Grand Theft Auto 5 antara permainan video kegemarannya.

Konsol pertama yang dimilikinya adalah jenis yang menggunakan katrij dan dia masih menyimpan semua konsol serta permainan video yang dimilikinya.

HAMAKO masih menyimpan semua konsol permainannya termasuk yang menggunakan katrij

“Ia harta saya kerana ia mengimbau semula kenangan,” katanya.

Ujarnya, permainan video menjadikan otaknya kekal cergas kerana dia perlu berfikir dengan pantas setiap kali bermain.

“Apabila saya mula bermain permainan video, hidup menjadi sangat menarik dan saya tidak perlu memikirkan perkara yang tidak penting.

“Saya bersyukur saya berlajar bermain permainan video. Saya hidup dengan gembira,” katanya.

Hamako juga mempunyai saluran YouTube sendiri bertajuk Gamer Grandma dan mempunyai lebih 253 ribu pengikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *