Mangsa buli terima hadiah motosikal

Kisah Rizal, budak penjual kueh yang menjadi mangsa buli hingga videonya tular di media sosial terus mendapat simpati orang ramai.

Terbaru dia menerima sebuah motosikal yang disumbangkan Gabenor Sulawesi Selatan, Nurdin Abdullah.

Selain motorsikal, Rizal, 12, turut menerima biasiswa selama tiga tahun daripada kerajaan.

 

Gabenor Sulawesi Selatan, Nurdin Abdullah bertemu dengan Rizal dalam satu majlis hari ini

“Rizal menjadi perhatian seluruh dunia, nah saya hadiahkan motorsikal untuk memudahkan dia menjual Jalangkote (sejenis kueh tradisional),” katanya yang dipetik Wartakotalive.com.

RIZAL bersama motosikal yang disumbangkan Gabenor Sulawesi Selatan, Nurdin Abdullah

Kisah Rizal menjadi tumpuan orang ramai selepas satu video menunjukkan dia dibuli dan dipukul sekumpulan pemuda tular di media sosial.

SEDUTAN video yang menunjukkan Rizal dipukul seorang pemuda

Video itu mencetuskan rasa marah dan simpati pengguna media sosial hingga ramai yang tampil membantu rizal.

Insiden buli terhadap Rizal mencetuskan kemarahan orang ramai

Seorang pemuda berusia 26 tahun yang membuli Rizal turut ditangkap polis dan didakwa.

Rizal ditawarkan biasiswa pelajaran dan wang tunai oleh Rizky yang juga Setiausaha Peribadi Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *