Raja Gincu – Influencer kecantikan No 1 di China

Biasanya pakar kecantikan terdiri daripada golongan wanita tetapi lain pula ceritanya seorang lelaki di China ini yang terkenal sebagai vlogger dan Influencer kecantikan No 1 di negara itu.

Lebih menarik lagi, Li Jiaqi, 27, pakar lipstick atau gincu.

Jiaqi sangat berpengaruh dalam industri kecantikan di China sehingga dia digelar Raja Gincu dan Bibir Besi.

JIANQI ketika memberi review beberapa jenama gincu.

Lelaki itu mempunyai lebih 40 juta pengikut laman sosial Douyin (versi TikTok China) dan jutaan lagi pengikut di media sosial lain.

Maka tidak hairanlah, apa sahaja produk yang dipromosinya laris di pasaran dan syarikat kecantikan berusaha untuk menjalinkan kerjasama dengan Jiaqi.

Beberapa tahun lalu, Jiaqi berkerja sebagai jurujual di kedai L’Oreal sebelum menjual barangan kecantikan secara dalam talian.

SETIAP komen yang diberi Jianqi boleh memberi kesan kepada jualan sesuatu produk

Menurut majalah China Newsweek, Jiaqi pernah menjual sebanyak 15,000 gincu dalam tempoh 15 minit sahaja.

Pada mulanya, ramai mentertawakan Jiaqi dan tidak percaya dia mampu menarik perhatian pengguna wanita.

Namun, Jiaqi tetap yakin dan berkata, dia mempunyai satu kelebihan berbanding vlogger kecantikan wanita yang lain iaitu stamina.

Apa yang menjadikan Raja Gincu ini sangat berjaya dan popular adalah kemampuannya mencuba beratus-ratus Gincu dalam satu sesi streaming yang berlangsung selama lapan jam tanpa rehat.

Ramai wanita mengadu bibir mereka sakit selepas mencuba tiga jenis gincu berturut-turut tetapi Jiaqi mendakwa dia mampu mencuba hampir 380 gincu sehari.

Kemampuan itulah dia digelar Bibir Besi.

“Menguji lipstick boleh merosakkan bibir tetapi bibir saya bukan bibir biasa,” katanya.

Jiaqi bukan sahaja hebat menjual gincu tetapi dia juga pakar memakainya.

Dia kini memegang Rekod Dunia untuk “Paling banyak memakaikan gincu pada model dalam tempoh 30 saat”.

Dalam rekod itu, dia memakaikan gincu kepada empat model berlainan dalam tempoh 30 saat.

Ketika menjual dan membuat review mengenai sesuatu gincu, Jianqi akan memakainya sendiri.

Ramai pengguna tertarik dengan cara Jianqi memberi review terhadap sesuatu produk dan ayat yang digunakannya.

“Bagi seorang gadis, memakai gincu Armani 400 adalah lebih baik berbanding memakai beg tangan LV.

“Kenapa? Sebab perkara pertama lelaki lihat pada kamu adalah warna gincu di bibir kamu,” katanya dalam satu sesi review.

Jiaqi sangat berpengaruh dalam industri kecantikan di China dan komen negetif darinya boleh menjejaskan jualan produk berkenaan dengan teruk.

Dia baru-baru ini mengecam satu gincu kerana “kelihatan murah” dan “tidak sesuai dengan orang Asia”.

Kecaman Jianqi itu diambil seriu oleh pengguna dia China dan jualan produk berkenaan jatuh teruk.

Jiaqi bukan satu-satunya influencer kecantikan yang berjaya di dunia yang biasanya didominasi oleh wanita.

Seorang vlogger, Tao Liang popular di media sosial dengan memberi review mengenai beg tangan sehingga dia mendapat gelaran Mr Beg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *