Makan minum RM1.70 je
Oleh Ifwan Tun Tuah
Biar betul harga semua makanan dan minuman hanya RM1.70 je
Pusing-pusing cari makan di Tanjung Malim, kami terjumpa cafe ini, Cape Cafe namanya.
Harga semua makanan dan minuman hanya RM1.70.

Mulanya kami agak skeptikal, harga murah pastilah rasa pun lebih kurang sahaja. Tapi sebab tertarik dengan deko putih yang minimalis dan kedai yang bersih, so kami cuba.

Bila kami rasa makanannya, Ya Allah sedap, macam masakan di rumah. portion pun ok dan munasabah. Boleh rasa keikhlasan tokey menyediakan makanan walaupun murah.

Kami ambil root beer float yang rasanya sedap seakan A&W. Chicken chop, nasi budu dan ikan singgang goreng, nasi impit rendang ayam, kuih-muih, kek batik, dan pencuci mulut brownies with vanila ice cream – semua sedap sangat2! (boleh swipe untuk tgk gmbr menu yang kami ambil)

Total 6 beranak makan hanya RM30.60
Sangat recommended 👍 @ Cape Cafe