Sekeluarga positif Covid-19 selepas datuk tarawih di masjid 

Seramai tujuh sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia 2 tahun dijangkiti Covid-19 yang berpunca daripada si ayah yang bersolat tarawih di Masjid.

Tribun Solo melaporkan, keluarga yang berasal dari sebuah kampung di daerah Joyontakan, Solo terdiri daripada empat lelaki dan 3 wanita. Yang paling muda adalah kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun.

Pegawai pencegahan Covid-19 Kota Solo, Ahyani memberitahu, keluarga itu berjangkit daripada si ayah berusia 58 tahun yang bersolat tarawih di masjid.

PETUGAS menyembur bahan basmi kuman di dalam sebuah masjid di Jakarta pada 8 Mac 2020. – Foto REUTERS

Katanya, beberapa ketua keluarga itu mula mengalami gejala dan membuat ujian yang kemudiannya didapati positif Covid-19.

“Ujian kontak rapat mendapati enam ahli keluarganya turut positif dan menunjukkan gejala.

“Kami mengesyaki ia berpunca daripad ketua keluarga itu yang bersolat tarawih di masjid,” katanya.

Pihak berkuasa kini sedang mengesan punca penularan wabak itu di majid dan kontak rapat lelaki itu.

Menurutnya, sehingga Rabu lalu (13 Mei) seramai 27 pesakit disahkan positif Covid-19 di Solo dengan empat daripadanya meninggal dunia.

Dalam satu lagi kejadian, seramai 28 penduduk di Kelurahan Jembatan Besi, Tambora, Jakarta Barat dikuarantin selepas bersolat tarawih berjemaah dengan seorang pesakit Covid-19.

Sosok.id melaporkan, kejadian berlaku apabila seorang lelaki yang positif Covid-19 bersolat tarawih bersama 20 jemaah lain di Musala Baitul Musilimin di kampung itu.

Pegawai daerah Tambora, Bambang Sutama berkata, pada 8 Mei lalu, ujian swap mendapati seorang lelaki dikenali sebagai Pak O dan isterinya positif Covid-19.

“Pasukan perubatan yang datang ke rumahnya memuju lelaki itu dan isterinya ke hospital tetapi dia enggan malah dia turut melakukan aktiviti harian seperti biasa termasuk solat tarawih berjemaah di surau.

“Susulan itu kami membuat ujian pada 20 jemaah yang bersolat tarawih bersama Pak O dan meminta mereka kurantin di rumah. Seramai lapan lagi ahli keluarga Pak O turut diambil sampel dan dikurantin,” katanya.

Ujarnya, Pak O dan isterinya akhirnya bersetuju ke hospital selepas dipujuk.

Jemaah menunaikan solat Jumaat dengan bertopeng muka di sebuah masjid di Surabaya, Jawa Barat. – AFP

Majlis Ulama Indonesia (MUI) sebelum ini mengeluarkan fatwa meminta penduduk beragama Islam di negara itu supaya tidak bersolat di masjid termasuk solat Jumaat dan tarawih.

Bagaimanapun, sebilangan penduduk terutama di kawasan kampung tidak menghiraukan nasihat itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *