Hari-hari hantuk kepala di pokok

Seorang lelaki di Seoul, Korea Selatan mempunyai cara bersenam yang pelik iaitu menghantuk kepalanya pada pokok setiap hari.

Tukang kasut berusia dalam lingkungan 50-an itu turut mendakwa dia melakukan senaman pelik itu sejak lima tahun lalu.

Selepas kisah lelaki itu viral di media sosial, sebuah program televisyen, X SBS WOW berjumpa tukang kasut itu untuk menemuramahnya.

Ketika ditemurah ramah, lelaki itu menunjukkan tanda parut di dahinya sebagai bukti dia sudah lama melakukan senaman pelik berkenaan.

KESAN parut di dahi lelaki itu kerana sering menghantuk kepala di pokok. – X SBS WOW/YouTube

Lelaki itu kemudiannya keluar dari kedainya dan pergi ke sebatang pokok di tepi jalan.

Selepas melakukan regangan badan, lelaki itu mula menghantuk kepalanya dan menghentak badannya berkali-kali pada batang pokok itu.

Lelaki itu pada mulanya menghantuk kepalanya dengan perlahan tetapi selepas beberapa saat dia mula menguatkan hantukan menyebabkan kepalanya sedikit berdarah.

Melihat keadaan itu wartawan berkenaan cuba menghentikan lelaki itu kerana bimbang dia cedera tetapi dia terus menghantuk kepalanya dengan kuat.

Selepas beberapa minit, lelaki itu berhenti dan dia masuk semula ke kedai untuk mencuci lukanya.

Rutin senaman lelaki itu mendapat pelbagai reaksi penonton dan ramai beranggapan dia gila kerana sanggup mencederakan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *