Covid-19 merebak ke kem pelarian Rohingya

Kira-kira sejuta etnik Rohingya di kem pelarian terbesar dunia di Cox’s Bazar, Bangladesh kini diancam wabak Covid-19 selepas dua penghuninya disahkan positif virus maut berkenaan.

Ini adalah kes pertama Covid-19 di kem pelarian itu dan aktivis bimbang ia mungkin merebak hingga menjadi tidak terkawal.

Pegawai memberitahu agensi berita BBC, pesakit yang positif itu kini diasingkan untuk dirawat.

Kira-kira 1,900 lagi penghuni yang berisko dijangkiti turut diasingkan dan diambil sampel mereka.

Agensi bantuan sebelum ini memberi amaran, keadaan kem pelarian itu yang terlalu padat, kekurangan kemudahan asas dan air bersih boleh mencetuskan bencana sekiranya dilanda wabak berkenaan.

Keadaan kem pelarian Cox’s Bazar. – Credit Photo Abir Abdullah

“Kini virus itu sudah memasuki penempatan pelarian terbesar dunia.

“Sekiranya gagal dikawal kemungkinan kita menyaksikan ribuan orang mati,” kata pengarah Agensi Selamatkan Kanak-kanak, Dr Shamim Jahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *