16 tahun tidur dengan mayat isteri

Kerana tidak dapat menerima hakikat isterinya sudah meninggal dunia, seorang lelaki di Vietnam ini sanggup tidur sekatil dengan mayat wanita itu selama 16 tahun.

Le Van broke kehilangan isterinya pada 2003 tetapi kerana tidak dapat berjauhan dengan cinta hatinya itu dia menggali semula kubur dan mengeluarkan mayat wanita itu.

Dia kemudiannya memasukan mayat wanita itu ke dalam patung plaster dan diletakkan di bilik tidurnya.

Apabila kisah Van tersebar ramai yang menyangka cerita itu hanya rekaan tetapi apabila wartawan melawat rumahnya ternyata ia benar.

Van dan isterinya berkahwin pada 1975 selepas dijodohkan oleh ibu bapa mereka.

Pasangan itu hanya bercinta selepas berkahwin dan hubungan mereka sangat bahagia serta dikurniakan tujuh cahaya mata.

Bagaimanapun, pada 2003, ketika Van bertugas di luar daerah, isterinya tiba-tiba meninggal dunia.

Van segera pulang ke rumah tetapi hanya dapat menatap wajah isterinya selama beberapa minit sebelum dikebumikan.

Kerana rindukan isterinya, Van sering ke kubur wanita itu dan hampir setiap malam ia tidur di situ.

Namun, apabila hujan atau cuaca buruk, Van tidak dapat tidur di kubur isterinya dan dia mula merancang untuk membawa mayat wanita itu pulang.

Pada satu malam, Van menggali kubur isterinya dan meletakkan semua tulang wanita itu ke dalam beg.

Dia kemudiannya membuat patung plaster menyerupai isterinya dan meletakkan tulang wanita itu ke dalam patung berkenaan.

Anak-anak Van pada mulanya berang dengan tindakan ayahnya itu dan mendesak dia menanam semula tulang ibu mereka.

Jiran juga enggan menghampiri rumah Van dan turut melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa yang datang mengarahkan Van menanam semula mayat isterinya tetapi lelaki itu tetap berdegil.

Selepas beberapa kali berusaha akhirnya pihak berkuasa mengalah dan membiarkan Van untuk terus bersama isterinya hingga ke akhir hayatnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *