YouTuber paling kaya 2019

Umur baru lapan tahun tetapi dan peroleh pendapatan AS$26 juta (RM107.6 juta) setahun.

Itulah, pendapatan Ryan Kaji yang diperolehnya di YouTube pada 2019 sekali gus menjadi Youtuber paling kaya di dunia, menurut majalah Forbes.

Kaji atau nama sebenarnya Ryan Guan turut mencatat pendapatan tertinggi di platform itu tahun lalu mencecah AS$22 juta (RM91 juta).

Saluran ‘Ryan’s World’ yang dilancarkan ibu bapa Ryan pada 2015 ketika berusia tiga tahun kini mempunyai 22.9 juta pelanggan.

Dikenali pada awalnya sebagai ‘Ryan ToysReview’, saluran itu memaparkan aksi kanak-kanak itu membuka kotak mainan dan bermain dengannya.

Mengikut ranking Forbes, Ryan Kaji memintas saluran ‘Dude Perfect’ yang berada di tempat kedua dengan pendapatan mencecah AS$20 juta (RM82.8 juta).

Saluran ‘Dude Perfect’ kendalian sekumpulan sahabat dari Texas itu antara lain memaparkan cubaan mereka melakukan beberapa aksi sukar seperti cuba menjaringkan bola keranjang dari atas bangunan atau helikopter.

Sumber: AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *