Nak rogol gadis, terogol nenek

Seorang pemuda ditangkap polis selepas merogol seorang nenek berusia 51 tahun yang disangkanya masih gadis remaja.

Slamet Mahmiludin, 26, ditangkap selepas merogol nenek itu di satu kawasan sawah di Gading Rejo di wilayah Lampung, Indonesia pada 8 Februari lalu.

Jurucakap polis,Anton Saputra berkata, ketika kejadian nenek berkenaan berjalan seorang diri di kawasan sawah dan melintasi Slamet yang sedang memancing.

Katanya, Slamet yang memandang dari belakang menyangka nenek itu adalah gadis remaja dan terus mengekorinya.

“Slamet kemudiannya menangkap dan menutup mulut nenek itu dari belakang dan mengheret mangsa ke kawasan semak. Apabila nenek itu menjerit meminta tolong, suspek menutup muka mangsa dengan kain tudung yang dipakainya lalu merogol wanita berkenaan.

“Slamet hanya menyedari wanita itu adalah seorang nenek ketika merogolnya dan kerana sudah dipengaruhi nafsu dia meneruskan tindakan kejinya itu,” katanya.

Selepas merogol mangsa supek melarikan diri tetapi berjaya ditangkap tidak lama selepas nenek itu membuat laporan polis.

Mangsa yang dikenali sebagi LB memberitahu wartawan, dia mahu suspek dikenakan hukuman setimpal dan dia tidak dapat menerima perlakuan pemuda itu terhadapnya.

“Saya orang tua diperlakukan seperti itu. Umurnya lebih muda dari anak sulong saya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *