Mohon cerai kerana suami malas mandi

Seorang wanita di India memfailkan penceraian terhadap suaminya kerana tidak tahan dengan tabiat lelaki itu yang malas mandi dan mengosok gigi.

Times Of India melaporkan, Soni Devi, 20, mahu berpisah dengan suaminya, Manish Ram, 23, kerana tidak tahan dengan bau busuk lelaki itu.

Soni yang berasal dari Vaishali, Bihar berkata, suaminya tidak suka mandi, menggosok gigi, bercukur serta membersihkan dirinya.

Menurutnya, kadang kala suaminya yang bekerja sebagai tukang paip itu tidak mandi dan menggosok gigi lebih 10 hari.

Soni berkata, dia sudah tidak tahan lagi dengan sikap suaminya itu dan mahu segera bercerai.

Suruhanjaya Wanita Negeri memberitahu, pihaknya memberi tempoh selama dua bulan kepada Manish untuk mengubah gaya hidupnya atau meluluskan penceraian yang difailkan wanita itu.

Bagaimanapun, Manish berkata, dia tidak mahu berpisah dengan isterinya itu dan akan berusaha mengubah tabiat buruknya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *