Individu pertama terima suntikan vaksin Covid-19

Jennifer Haller, 43, menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin percubaan koronavirus, Covid-19.

Wanita berasal dari Seattle itu menjadi sukaralewan yang menerima suntikan vaksin yang dihasilkan oleh penyelidik di Institut Kajian Kesihatan Kaiser Permanente Washington, Amerika Syarikat.

Jennifer menerima suntikan berkenaan pada 16 Mac yang merupakan ujian percubaan terhadap manusia yang pertama dihasilkan di dunia.

Vaksin itu dihasilkan dalam tempoh yang singkat ketika saintis dari seluruh dunia berusaha mencari penawar wabak yang tercetus di China sebelum merebak ke seluruh dunia.

Seramai 45 sukarelawan menawarkan diri dalam kajian berkenaan dan mereka akan menerima dua dos setiap seorang.

Ujian terhadap manusia adalah fasa terakhir dalam pembangunan vaksin dan sekiranya berjaya vaksin itu boleh digunakan paling awal pada April ini.

Bersama kita doakan kajian ini berjaya…

Sumber: Mail Online
Gambar: AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *