cukuplah jadi Popeye

INGAT lagi pada Kirill Tereshin, 23, yang digelar Popeye kerana menyuntik jeli petroleum pada lengannya semata-mata untuk kelihatan sado.

Tereshin pada mulannya bangga dengan lengannya itu walaupun ia kelihatan pelik. Yelah tak perlu bersusah payah angkat besi di gym untuk memiliki lenggan yang
berotot.

Bagaimanapun, selepas dipujuk rayu seorang wanita cantik, Alana Mamaeva yang juga aktivis membantu mangsa pembedahan plastik, akhirnya Tereshin bersetuju
mengeluarkan jeli petroleum yang berbahaya itu.

Pakar bedah Dr Dmitry Melnikov yang membuang bahan itu mendedahkan, Tereshin menyuntik tiga liter jeli itu pada kedua-dua belah lengannya hingga menyebabkan
otot dan tisunya rosak.

“Jeli petroleum ini mengeraskan otot, tisu bawah kulit dan kulit itu sendiri.

“Semua itu perlu dibuang tetapi kami perlu memastikan saluran darah, saraf dan fungsi lain anggota badan ini,” katanya.

Menurutnya, Tereshin perlu menjalani beberapa pembedahan lagi untuk membuang semua bahan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *