Bayi dicampak dari tingkat 3

Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui masih hidup walaupun dicampak dari tingkat tiga di sebuah flat di Bukit Gedung, Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini.

Bayi itu ditemui penduduk di atas simen di bawah flat berkenaan sebelum mereka menghubungi ambulans untuk bantuan.

Pasukan perubatan yang tiba kemudiannya mendapati bayi itu mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Selepas membuat rawatan awal, bayi berkenaan segera dikejarkan ke hospital.

Menurut maklumat yang diterima, polis menahan seorang gadis berusia 18 tahun untuk membantu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *