YouTuber edar bantuan berisi sampah ditangkap polis
Selepas hampir seminggu diburu Youtuber kontroversi Indonesia, Ferdian Paleka akhirnya ditangkap polis.
Ferdian dan beberapa rakannya diburu polis selepas membuat prank dengan mengedarkan bantuan berisi sampah dan batu kepada orang ramai di Bandung.

Selepas kejadian itu Ferdian membuat video meminta maaf tetapi dilihat seperti tidak serius .
Beberapa video dan gambar disiarkan polis menunjukkan Ferdian duduk bersama beberapa persalah salah.

Dia turut menjadi mangsa gurauan oleh anggota polis yang menangkapnya.
Jika didapati bersalah, Ferdian berdepan penjara 12 tahun.