Suami isteri masuk hospital berbuka cendawan beracun

Satu pasangan suami isteri terpaksa dirawat di hospital selepas memakan cendawan beracun yang disangka mereka cendawan busut ketika berbuka puasa.

Pusat Racun Negara memberitahu, pasangan berkenaan mengutip cendawan berkenaan yang disangka mereka cendawan busut atau turut dikenali sebagai cendawan tahun.

Bagaimanapun, cendawan itu sebenarnya cendawan beracun.

Tidak lama selepas berbuaka puasa pasangan suami isterinya itu mengalami cirit birit dan sakit perut yang teruk hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Kepada orang ramai, berhati-hati ketika mengutip cendawan atau kulat liar dan pastikan ianya daripada spesies yang boleh dimakan.

Admin turut menyiarkan gambar perbezaan cendawan yang tidak beracun dan yang beracun yang disiarkan Pusat Racun Negara sebagai panduan orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *