Polis serbu penempatan haram di Ulu Rening
Tarikh: 29 April 2020
Pada mulanya pihak berkuasa menyangka penampatan haram di Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor ini didiami warga asing.

Namun, selepas risikan dan serbuan dibuat polis mendapati penghuninya adalah rakyat Malaysia sendiri.
Polis yang menyerbu kawasan itu semalam (28 April) menahan seramai 234 individu terdiri daripada 76 lelaki, wanita (77) dan kanak-kanak serta bayi (85).

Lebih mengejutkan lagi, kumpulan itu membina khemah di atas bukit lengkap dengan tempat mandi, tidur dan dewan.
Menurut Berita Harian dan Harian Metro, kumpulan itu dipercayai terdiri daripada ahli sebuah pertubuhan di kenali sebagai Dewan Perniagaan Perkasa Ekonomi Islan Nusantara (DPEIN).
Tujuan mereka berkhemah di dalam hutan itu masih disiasat.
Menurut laporan itu lagi, semua individu berkenaan didakwa di mahkamah hari ini mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Penyakit Berbahaya 2020 serta Seksyen 22(b) Akta Peraturan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988.