Pesakit Covid-19 larikan diri ikut tingkap hospital

Seorang pesakit yang positif Covid-19 dirakam melarikan diri dari sebuah hospital di Lombok Tengah Indonesia dengan keluar melalui tingkap.

Lelaki berusia 50an itu melarikan diri pada Selasa lalu (28 April) ketika petugas dan pengawal sedang berbuka berbuka puasa.

RAKAMAN kamera keselamatan menunjukkan pesakit itu keluar melalui tingkap di wad

Selepas pesakit itu disedari hilang pihak hospital memeriksa rakaman kamera keselamatan dan melihat lelaki itu keluar dari tingkap di sebelah katilnya.

Polis yang melancarkan operasi memburu pesakit itu akhirnya berjaya mengesan lelaki berkenaan yang sedang bersembunyi di dalam sebuah pondok di tengah sawah berdekatan hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *