Pelindung gorila mati dibunuh
Sekumpulan ranjer hutan di Congo yang popular kerana sering memuat naik gambar bersama gorila yang dijaga mereka ditemui mati akibat diserang tentera pemberontak.
Kumpulan 15 ranger itu ditugaskan melindungi keluarga gorila di taman negara Virunga daripada pemburu haram.

Hubungan ranjer dan gorila itu sangat baik hingga haiwan berkenaan menganggap mereka sebagai keluarga sendiri.
Beberapa ranjer juga popular di media sosial kerana sering memuat naik gambar bersama gorila berkenaan.
Bagaimanapun, pada 24 April lalu, ketika 15 ranjer itu mengiringi satu konvoi orang awam mereka diserang kumpulan pemberontak Rwanda.
Serangan itu menyebabkan 12 ranjer dan lima orang awam terbunuh.

Beberapa hari sebelum serangan itu, ranjer Mathieu Shamavu sempat bergambar dengan beberap gorila yang berdiri seperti manusia.
Gambar itu turut viral di media sosial..
Sumber: Mail Online