Namakan anak kembar Corona dan Covid

Satu pasangan bayi kembar lelaki dan perempuan yang dilahirkan di India diberi nama Corona dan Covid oleh ibu bapa mereka sempena wabak yang mengancam dunia ketika ini.

India turut menguatkuasakan perintah kawalan pergerakkan bagi membendung wabak maut itu.

Agensi berita NDTV melaporkan, bayi kembar itu dilahirkan di Hospital Memorial Dr BR Ambedkar pada 27 Mac lalu.

Ibu bapanya, Preeti dan Vinay Verma yang berasal dari Chhattisgarh memberitahu, nama Corona dan Covid itu dipilih sebagai simbol melawan wabak berkenaan.

“Saya melahirkan mereka ketika tempoh sukar ini dan saya serta suami mahu menjadikan hari itu sesuatu yang diingati,” kata Preeti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *