Lima beradik yatim piatu kerana pemandu mabuk

Pada 5 April lalu, kita dikejutkan dengan berita sedih pemergian Zuriana Hasan,35, yang meninggal dunia pada jam 1 pagi, selepas dua bulan bertarung nyawa selepas koma di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Sebelum ini, suami, Khairizul Mohamad Noor,38, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar pemandu dipercayai mabuk pada jam 5 pagi di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara dekat susur ke Perai, 9 Februari lalu.

Lima anak arwah, Nur Afni Nirwani, 16, Nur Istana Nadira,14; Nur Erna Nabila, 12; Nur Qurratul Ain, 7; dan Muhammad Khairi Zafran, 2, bergelar yatim piatu selepas kematian ibu bapa mereka.

Lima beradik yatim piatu ini akan dijaga atuk mereka, Hassan Ismail, 67, dan nenek, Asmalaili Mohd, 59.

Buat pengetahuan, adik bongsu arwah Zuriana iaitu Noorlyana, 25, akan menjaga lima beradik ni.

Noorlyana yang tinggal bersama atuk dan nenek kepada lima beradik ini akan bertanggungjawab kepada mereka. Sebelum ni pun, lima beradik ni memang rapat dengan maksu mereka.

Dengan keadaan PKP ini dan Noorlyana yang tidak bekerja serta mempunyai dua orang cahaya mata yang perlu ditanggung, mereka amat memerlukan sumbangan kita.

Kepada mereka yang berminat nak hulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun RHB Bank 20711200073174 atas nama Noorlyana Hasan.

Bantuan juga boleh disalurkan kepada datuk mereka ke akaun Bank Islam 07016027417252 atas nama Hasan Ismail.

Mana-mana NGO atau badan kebajikan yang mahu berhubung bagi urusan sumbangan boleh menghubungi Noorlyana di talian 01137979717.

Sedekahlah mana yang mampu, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak yatim ini dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Firman Allah SWT:
“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.” (Al-Baqarah: 83)

Semoga sedekah kita dapat meringankan beban anak yatim ini dan mendapat keampunan dan keredhaan Allah SWT.

Daripada FB: Miza Wartawan
Photo credit – NST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *