Legenda buaya paling ganas, baham 300 orang, tak mati ditembak AK47

Di Burundi, Afrika, terdapat legenda seekor buaya gergasi yang dikenali sebagai Gustave.

Gustave dianggap haiwan paling menakutkan dan dipercayai sudah membaham lebih 300 manusia.

Lagenda buaya berkenaan sudah bermula sejak tahun 1990-an lagi hingga seorang pakar zoologi, Patrice Faye datang ke Burundi untuk mengkaji haiwan ganas berkenaan.

Faye yang terpersona dengan buaya berkenaan kemudiannya menamatkannya Gustave.

Menurut penduduk, buaya gergasi yang tinggal di Sungai Nil itu adalah haiwan mistik dan ia tidak boleh ditangkap malah dibunuh.

Faye yang mengesan Gustave melihat beberapa corak atau calar pada badan buaya berkenaan.

Penduduk memberitahu, itu adalah kesan peluru. Tambah mereka, tentera pernah menembak Gustave dengan AK47 tetapi sejata itu gagal membunuhnya.

Penduduk juga percaya Gustave melarikan diri dengan memakan peluru.

Ukuran sebenar Gustave tidak diketahui secara tetap tetapi pakar menganggarkan buaya itu sepanjang 6 meter dengan berat mencecah 900 kilogram.

Kerana terlalu besar, Gustave tidak memakan ikan atau haiwan kecil lain.

Ia menyasarkan kerbau, lembu, rusa dan kadang kala manusia.

GAMBAR hiasan

Beberapa usaha pernah dilakukan untuk menangkap Gustave termasuk menggunakan jerat seberat 2 tan tetapi gagal malah buaya itu dengan mudah melarikan diri.

Kerana kisahnya yang menggerunkan sebuah produksi filem menyiarkan dokumentari bertajuk Capturing the Killer Croc.

Dokumentari terbitan PBS pada tahun 2004 itu memaparkan usaha Faye dan beberapa saintis lain yang cuba menangkap Gustave tetapi gagal.

Gustave juga menjadi inspirasi sebuah filem bertajuk Primeval pada 2007 yang mengisahkan sekumpulan saintis yang datang ke Burundi untuk memburu buaya legenda itu.

Kali terakhir Gustave dilihat adalah pada 2015 ketika sedang mengheret seekor kerbau ke dalam sungai.

Pada 2019, terdapat laporan Gustave berjaya dibunuh tetapi laporan itu tidak dapat disahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *