Burung disumbat dalam botol untuk diseludup

Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang penyeludup yang cuba menyeludup keluar lebih 24 ekor burung kakak tua liar yang disumbat dalam botol plastik.

Gambar Earth in Crisis

Lelaki itu ditangkap ketika cuba menaiki sebuah feri di Pelabuhan Tanjung Perak di Surabaya.

Ketika ditemui hampir separuh daripada burung berkenaan mati akibat kelemasan.

Burung daripada spesis “Yellow-crested” adalah spesis burung terancam.

Gambar: Earth in Crisis

Pihak berkuasa memberitahu, burung itu biasanya dijual pada harga £650 (RM3,520) seekor.

Pada setiap tahun lebih 10,000 burung kakak tua pelbagai spesis dan burung terancam lain ditangkap pemburu haram di hutan di Indonesia kerana mendapat permintaan tinggi pembeli dari seluruh dunia.

Sumber dan gambar: Earth in Crisis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *