AS tersungkur diserang Covid-19

Negara paling berkuasa di duniat tetapi tersungkur melawan musuh sebesar zarah

Amerika Syarikat (AS) merekodkan 1,903 kematian dalam tempoh sehari pada Sabtu lalu (18 April) menjadi jumlah kematian di negara itu meningkat kepada 39,115 orang.

Jumlah kes positif Covid-19 juga melonjak kepada 741,866 pada awal pagi ini (Ahad) berbanding 28,486 pada hari sebelumnya.

Keadaan itu menjadikan AS sebagai negara yang mempunyai kes jangkitan dan kematian Covid-19 paling tinggi di dunia.

Pengebumian beramai-ramai mangsa Covid-19 di Hart Island, New York City, AS – AP Photo

Walaupun keadaan di AS semakin huru hara, Presiden Donald Trump semalam menyatakan sudah ada `tanda positif’ dalam perang melawan wabak maut berkenaan.

Trump juga yakin keadaan paling buruk wabak itu sudah berakhir dan berikrar untuk menamatkan perintah “Lockdown” di negara itu.

Grafik: Daily Mail]
Pix: AP Photo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *